PAKEJ UMRAH RAKYAT TAHUN 2013
(Update 14hb Februari 2012 - Baki jumlah seat SOLDOUT untuk tahun 2013)
 |
| (Kaaba - Mecca) |
PAKEJ UMRAH RAKYAT TAHUN 2013
DIBUKA TEMPAHAN SEKARANG!
- Bayaran pakej umrah adalah sebanyak RM2,999.
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Tempahan untuk 'Umrah Rakyat Tahun 2013'.
- Tarikh pelepasan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk.
- Pakej tidak sah pada musim Ramadan, Haji dan Cuti Sekolah.
- Pelepasan hanya terhad kepada 200 jemaah sahaja.
- Duit pembayaran tidak dikembalikan dan boleh ditukar milik.
- Pembatalan akan dikenakan caj dokumentasi.
- Pakej hanya untuk empat/lima orang sebilik.
- Tempat penginapan tertakluk kepada pihak pengurusan.
- Syarikat penerbangan tertakluk kepada pihak pengurusan.
- Minima pakej umrah adalah selama 11 Hari 9 Malam.
Khairul Anuar Dato' Abdollah
Perunding Umrah Rakyat Bertauliah
(+6018-2600818)
 |
| (Surat Perlantikan Rasmi Sebagai Perunding Umrah) |
-------------------------------------------------------------------
PAKEJ UMRAH RAKYAT TAHUN 2012
Tempahan Habis Terjual!
120 jemaah membayar penuh untuk penerbangan
'Pakej Umrah Rakyat' dibulan Julai 2012.
 |
| (Iklan Umrah Rakyat di Harian Metro Pada 31hb Januari 2012) |
MENGAPA MURAH SEHINGGA RM2,999
Jawapan nya pakej ini adalah pakej ekonomi (semua rakyat malaysia mampu mengerjakan Umrah), ia disediakan untuk Rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan. Kami membeli sejumlah tempat duduk dari syarikat penerbangan dengan harga pukal, oleh kerana itu ianya murah dari syarikat yang lain.Yang penting ia tidak menjejaskan kualiti tahap pengurusan jemaah dan kami memberikan perkhidmatan yang setara dengan harga ini. Kami memandang kearah akhirat dan pulangannya berserah kepada Allah S.W.T kelak.
Rebutlah peluang ini wahai saudara/saudari sekalian, Jika anda boleh pergi ke luar negara dengan tambang yang murah, sudah sampai masanya anda mengerjakan umrah di mekah dan menziarahi masjid nabawi dengan Pakej Rakyat hanya RM2,999.
Pakej ini termasuk:
- RETURN AIR TICKET.
- AIRPORT TAX.
- UMRAH VISA / TOURIST VISA.
- GROUND TRANSPORTATION.
- ACCOMMODATION IN MEDINA /MECCA.
- FOOD SUPPLY 3 TIMES DAILY.
- TOUR AND VISITNG.
- SERVICE MUTAWIF, MUZAWIR & MUASASSAH.
- COURSE AND GUIDANCE UMRAH.
- TAKAFUL IKHLAS INSURANCE COVERAGE.
Umrah Package Registration Requirements
- COMPLETE THE REGISTRATION FORM.
- FULL PAYMENT - RM2,999.
- MALAYSIA’S PASSPORT (6 MONTHS VALIDITY).
- BOOK OF MENINGITIS INJECTION ACYW 135.
- 3 COPIES PHOTO (6CMX4CM), WHITE BACKGROUND, ZOOMING 80% FACE.
- DOCUMENT FOR GUARDIAN OR MAHRAM.
Pembayaran penuh boleh dilakukan di pejabat atau secara 'online transfer' ke akaun syarikat. Sila telefon saya untuk temujanji, saya tidak mengamalkan ambil wang tunai dari pelanggan.
Harap Maklum! Fayrooz Travel Associates Sdn. Bhd.
No 19-1, Jalan Wangsa Delima 5
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC)
53300 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Khairul Anuar: 018-2600818
Tel: 603-41495702 | Fax: 603-41495798
Program Umrah 11 Hari 9 Malam (Umrah Itenary)
Day 1: Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Daftar masuk berkumpulan di aras 5 bagi pelepasan ke Madinah.
Day 2: Madinah - Ziarah Dalam
Tiba di Madinah dan daftar masuk hotel. Jemaah dibawa menziarahi Masjid Nabawi, Raudhah, Makam Rasullah S.A.W, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Perkuburan Baqi'.
Day 3: Madinah - Ziarah Luar
Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Bukit Uhud dan Pasar Kurma.
Day 4: Madinah
Jemaah bebas beribadat bersendirian.
Day 5: Madinah ke Makkah
Zirah Wada'. Bertolak ke Makkah dan singgah di Bir Ali untuk berniat Umrah. Tiba di Makkah, Jemaah akan daftar masuk hotel. Jemaah akan dibawa mengerjakan Umrah bersama Mutawif.
Day 6: Makkah - Ziarah (1)
Ziarah Gua Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah dan Jaaranah untuk Miqat.
Day 7: Makkah
Jemaah bebas beribadat bersendirian.
Day 8: Makkah - Ziarah (2)
Ziarah Hudaibiyah dan Ladang Unta. Di Hudaibiyah jemaah boleh berniat ihram untuk Umrah.
(Jika tiada halangan).
Day 9: Makkah
Jemaah bebas beribadat bersendirian.
Day 10: Makkah - Jeddah - Kuala Lumpur
Jemaah dikehendaki mengerjakan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah menaiki bas menuju ke Jeddah, Singgah sebentar di Masjid Terapung. Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Day 11: Kuala Lumpur, Malaysia.
Jemaah tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
-------------------------------------------------------------------
Persiapan Diri Menunaikan Umrah
Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:
- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;
- caranya menepati syariat yang ditetapkan;
- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan
- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.
Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
Mendapatkan ilmu yang cukup
Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Menggunakan sumber wang yang halal
Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.
Pastikan wang ringgit yang digunakan untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.
Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain
Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.
Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya.
Memperbanyakkan amalan sedekah
Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
Menunaikan sembahyang berjemaah
Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.
Menjauhi amalan-amalan syirik
Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya.
Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)
Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api.
Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
Membersihkan diri dari dosa
Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:
- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;
- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;
- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan
- jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang diambil dari manusia tersebut.
Berdoa dan bertawakkal
Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.
Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci.
-------------------------------------------------------------------
Syarat-Syarat Umrah
Syarat adalah perkara yang paling penting dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sekiranya seseorang itu tidak cukup syarat, umpamanya dia seorang kafir atau seorang Islam yang telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menepati ciri-ciri orang murtad, maka ibadah umrahnya bukan sahaja tidak wajib dikerjakan, malahan tidak sah jika dilakukan. Berikut ialah syarat-syarat pelaksanaan ibadah umrah:
Berakal
Tidak wajib kepada orang tidak berakal (gila) dan tidak sah jika dilakukan.
Baligh
Tidak wajib bagi kanak-kanak. Sah jika dilakukan tetapi tidak mengugurkan kewajipannya mengerjakan umrah setelah dewasa kelak.
Berkuasa
Berkuasa dengan menunaikannya sendiri ataupun berkuasa mengerjakannya dengan pertolongan orang lain (badal umrah).
Islam
Tidak wajib dan tidak sah bagi orang kafir dan juga orang murtad.
Merdeka
Tidak wajib bagi hamba abdi tetapi sah dan berpahala jika dapat dilakukan.
Takrif Berkuasa
Berkuasa mengerjakan sendiri
Seseorang itu dikira berkuasa mengerjakan umrah jika mempunyai perkara-perkara berikut:
- bekalan untuk yang pergi dan juga untuk keluarga yang tinggal;
- kenderaan;
- aman perjalanan;
- sihat badan dan akal; dan
- berkesempatan (mempunyai masa yang cukup) untuk mengerjakan umrah.
Berkuasa bagi wanita
Bagi kaum wanita, mereka perlu mempunyai tiga lagi syarat iaitu:
- Mendapat izin suami atau wali;
- Tidak berada dalam iddah(walaupun suami telah memberi keizinan atau berwasiat membenarkan pergi);dan
Ditemani oleh:
- Suami atau wali (atau jika tiada);
- Mahram iaitu seorang lelaki yang haram bernikah dengannya (atau jika tiada);
- Perempuan thiqat (dua orang perempuan yang boleh dipercayai, boleh membantu dalam urusan fizikal dan pelaksanaan ibadah. Walau bagaimanapun khidmat perempuan thiqat ini hanya boleh digunakan bagi umrah fardhu sahaja tetapi tidak bagi umrah sunat.
-------------------------------------------------------------------
Rukun Umrah
Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
- Niat
- Tawaf
- Sai’e
- Tahallul
- Tertib
Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Berikut ialah lafaz niat umrah:
نويت العمرة ÙˆØ£ØØ±Ù…ت بها لله تعالى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Syarat- syarat sah tawaf
- Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T.
Lafaz niat Tawaf Umrah:
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
- Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
- Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
- Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
- Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
- Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
- Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
- Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
- Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
- Mesti suci daripada hadas besar.
- Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
- Mesti menutup aurat.
Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
Syarat-syarat sah Sai’e:
- Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
- Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
- Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
- Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak tujuh kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
- Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
- Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
Tahallul
Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Syarat Tahallul
Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan jemaah wanita:
- Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
- Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
- Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
Tertib
Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).
Wajib Umrah
- Wajib Umrah ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah, sekiranya ditinggalkan, ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam. Pengabaian terhadap perkara-perkara Wajib Umrah dengan sengaja adalah berdosa dan dikenakan Dam. Jika ditinggalkan dalam keadaan tidak sengaja, hukumnya tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
Berikut ialah perkara-perkara Wajib Umrah:
- Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
Menjaga larangan ihram.
- Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
Qarnul Manaazil - Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang setengah jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) - Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat ini adalah untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Ia juga menjadi Miqat untuk penduduk bandar Madinah itu sendiri.
Lain-lain miqat (dengan kapal terbang) ialah:
Al-Juhfah - Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama.
Zaatu ‘irqin - Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.